Year: 2014

  • Banjir Kembali Lagi

    24 Disember 2014. Hujan tidak lagi berhenti. Turunnya semakin lebat jatuh ke bumi. Kesemua warga Kuantan berjaga-jaga kerana takut kalau-kalau tahun ini air kembali naik membanjiri kawasan perumahan mereka. Aku juga tidak senang duduk. Sekejap-sekejap aku keluar meninjau keadaan air yang mula meninggi. Sedikit demi sedikit aku sekeluarga mengemas barang-barang di dalam rumah.  3.00 pagi…

  • Lama tak menconteng

    Lama weh aku tak update sang sperma ni. Nasib baik tak bersawang. Banyak cerita aku pendamkan dulu dalam note handset aku sebab sekarang ni aku tengah tumpukan jiwa raga mental dan tenaga aku kepada aktiviti kemanusiaan membantu mangsa-mangsa banjir sekitar Pahang. Insya Allah sehari dua lagi semua cerita dalam note aku yang aku simpan aku…

  • Teruskan Mengaum Harimau Malaya

    Khamis ini dan Sabtu ini adalah merupakan dua tarikh yang paling bermakna di dalam kamus Persatuan Bola Sepak Malaysia amnya dan skuad negara khasnya. Skuad bimbingan Dollah Salleh berjaya melangkah ke pentas final Kejohanan Bola Sepak AFF 2014 dengan penuh dramatik. Bermula di peringkat kumpulan dengan sedikit rapuh seri dengan Myanmar, kalah tipis dengan Thailand…

  • ProfotoXL100 | Expired

    Gambar ini dirakam menggunakan Olympus OM-1 dengan di isi Filem Profoto XL 100 yang telah expired. Aku masih tidak berpuas hati dengan hasil yang telah aku perolehi. Walaupun telah pelbagai filem telah aku guna aku tetap akan terus berusaha untuk menghasilkan gambar yang terbaik. Tetapi adakah aku patut untuk sambar sebutir lagi kamera filem??? Masih…

  • Kem Pekerti@PPR

    Memi di atas meja aku tenung sedalam-dalamnya. Seri Malaysia Bagan Lalang? Tanya hati kecilku. Dekat mana tempat ni? Puas aku tanya orang lain.  “Jauh bayu tempat tu masuk ke dalam hutan”, sang Paiq memberitahu lokasi tempat program aku ni.  Aku menjadi tidak keruan. Nak mintak kenderaan pejabat tidak dapat terpaksa lah aku bawa kereta sendiri. …

  • XPDC Jeram Pelangi Kuala Sentul

    Masuk tahun ni kira-kira tolak tambah sudah 2 tahun tak masuk Air Terjun Jeram Pelangi, Kuala Sentul, Maran Pahang. Setelah beberapa kali dipelawa untuk ke sana akhirnya aku berjaya juga menikmati keindahan ciptaan Allah yang cukup indah. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 4 jam dengan berjalan kaki mendaki bukit bukau, paya, anak air dan…

  • Mereka Hadir Demi Malaysia

    5 hari lagi sejarah 2012 akan kembali terukir tetapi kali ini Stadium Shah Alam akan menjadi saksi. Kalau sebelum ini 1Q adalah tempatnya, Ahad ini curva Ultrasel akan menjadi jajahan kepada musibat-musibat berbaju hitam.  Seluruh Ultras negeri akan bergabung menjadi satu. Elephant Army, Ultrasel, Ultras Kedah, Boy Of Street, Ultras Panther, Ultras Nogori dan yang…

  • Cine Still 800

    Akhirnya dapat jugak aku habiskan 1 roll filem paling mahal yang aku ada dalam simpanan aku. Tapi aku tidak berpuas hati dengan hasil yang aku dapat. Daripada 36 keping yang telah di scan dan di develop hanya beberapa keping sahaja yang boleh aku guna. Sememangnya filem mahal ni susah nak handle.  Tapi kalau tengok gambar-gambar…

  • Setiap Awayday Ada Ceritannya

    “Abang bangun dah pukul 6.30,” kejut sang isteri. “Allahuakhbar!!,” jerit aku setelah melihat jam menunjukkan pukul 6.30 pagi.  Melompat aku dari katil lalu ke bilik air. Di luar Sang Goku dan Wan dah menunggu.  Konfrim kena lagi aku kali ni. Hari tu dengan Ejat, lepas tu dengan Bunkmad pulak. Pada mulanya nak bawak sang biru…

  • Pelukan sang anak

    Sang anak yang masih kecil menggoyang-goyangkan badan sang ibu yang terlantar tidak bergerak. Diciumnya dibahagian muka, tidak juga bergerak. Di angkatnya tangan sang ibu, pun sama tidak jugak bergerak. Digoyang-goyangkan kepala sang ibu, tetap sang ibu tidak bergerak.  Orang ramai yang hadir dan melihat kejadian itu cuba untuk meleraikan sang anak dengan sang ibu tetapi…