Month: October 2014
-
Sperma ku terpancut
Tik tik tik air paip yang tidak ditutup kemas membuatkan mata aku masih tidak mahu tertutup. Terasa berat jer badan ini untuk melangkah ke bilik air untuk menutup kemas kepala paip supaya keheningan malam tidak menganggu aku. Televisyen masih dibuka tetapi remote ditangan menukar-nukar rancangan tidak tahu yang mana satu berjaya mencuit hati untuk aku…
-
Harapan semua
Harapan semua …. Darul Makmur bertahta …. Harapan semua Pahang kekal juara …. Ooooo ooooo ooo ooo ooo oooo oooo oooo Ale ale ale kita bertemu lagi Ale ale ale kami masih di sini …. Harapan semua darul makmur bertahta … Harapan semua Pahang kekal Juara …. Tahniah pasukan Pahang sekali lagi berjaya melangkah ke…
-
Kena Lipat
Jam di dinding baru menunjukkan pukul 1.00 pagi. Kalau aku tidur waktu ini nescaya aku akan terlajak. Pukul 3.00 pagi aku perlu bersiap-siap untuk bertolak bersama sang biru ke Kuala Lumpur untuk menduduki Peperiksaan KPSL di ibu pejabat LPPKN. Pada mulanya aku bercadang untuk gerak bersama sorang mamat ni tapi aku dah kena lipat gulung…
-
Sepasang Spring Kasut
“Tokey kasi itu spring 11 pasang, campur-campur warna ya,” nyaring kedengaran suara gadis bertahi lalat di atas bibir sambil menunjukkan spring kasut yang hendak dibelinya. “Aiyaa amoi manyak ooo kasut kamu,” tanya apek berkaca mata bulat berbaju pagoda putih berseluar coklat pendek. “Ini saya punya kawan order la tokey,” sambil mencapai plastik spring yang baru…
-
Taat, Setia & Harapan
Tepat Jam 12.15 tengah malam tadi 2 biji bas komrad Elephant Army Kuantan bersama beberapa biji bas fan Pahang memulakan perjalanan ke Utara Malaysia. Berbekalkan taat setia dan harapan yang tinggi mereka mengorak langkah tanpa mengira wang ringgit dan cuti mereka untuk bersama-sama dengan pasukan kesayangan mereka. Suasana akan semakin hangat apabila mereka akan…
-
On tour
Buat masa sekarang semua laman sosial sedang terbakar dek DP daripada Elephant Army. Lagi yang membuatkan terbakar adalah t-shirt keluaran khas untuk awayday. Apa kan daya aku tak dapat turut serta bersama mereka. Pada mulanya dan best dah sebab dapat merasai suasana Stadium Darul Aman, tetapi oleh kerana kebangsatan FAM semuanya musnah seperti rumah yang…
-
Ceritara Booth Dhedaun Picture
“Awang jom masuk booth pengantin bulan 10 ni nak?” Tanya aku pada Awang. “Beres aje, lama tak masuk exhibition pengantin ni leh up harga” ujar partner aku panjang lebar. “Ok cun awok fikirkan pakej, kawan siapkan apa yang patut untuk booth” ujar aku dengan penuh semangat. Hari demi hari kami siapkan apa yang sepatutnya kami…
-
Sebelum mata tertutup
Mata aku semakin layu. Badan semakin letih dan lemah. Tapi sebelum aku baca doa tidur nak juga aku sapu sedikit debu-debu kat sang sperma ni. Kepuasan yang tidak dapat dinyatakan dalam bentuk kata-kata mahupun apa jua keadaan pada hari kedua Festival Gerbang Pengantin Mega 2014 ini aku sangat-sangat berpuas hati. Tetapi kepuasan hati aku bukan…
-
Suatu kepuasan
Sekarang jam menunjukkan jam 5.38 pagi Sabtu 11 Oktober 2014. Aku masih belum tidur. Nak cakap mata tak mengantuk, rasa macam mengantuk. Nak cakap badan tak letih, tersangat lah letihnya. Tapi yang pasti jawapannya aku memang tak boleh tidur. Mungkin aku tak sabar untuk buka booth Dhedaun Picture pagi karang si Festival Gerbang Pengantin Mega…
-
20 sen
Hari ini pastinya setiap stesen minyak diseluruh negara akan dipenuhi dengan kenderaan yang ingin mengisi minyak. Situasi ini sering kali akan kita lihat pada setiap kali kenaikan harga minyak. Termasuk lah pada hari ini, dimana sekali lagi harga minyak akan naik pada jam 12.01, 2 hari bulan Oktober 2014. Sebelum ini harga bagi seliter minyak…