Setelah semusim di Liga Perdana, kini skuad Tok Gajah kini kembali ke kancah Liga Super. Suka duka di Liga Perdana menjadi pengalaman yang mungkin tidak dapat dilupakan. Begitu juga dengan EA12, kini mereka akan kembali menguasai Gate 11 untuk memberi sokongan kepada pasukan kesayangan mereka beraksi.
Tetapi EA12 masih mendahagakan sokongan dan kerjasama daripada penyokong-penyokong lain untuk bersama-sama memecah keheningan malam di Stadium Darul Makmur. Bunyi gendang yang dipalu beserta alunan Chant yang berkumandang masih tidak mencukupi lagi. Justeru itu, ayuh rakan-rakan semua kita bersama-sama melontarkan suara dengan Chant untuk memberi semangat kepada pasukan kesayangan kita dan menambahkan gerun pihak lawan.
Dahulu kita hanya menonton sambil mengigit kuaci Cina yang manis. Tetapi era masa kini, kita menonton sambil bernyanyi dan menari. Kawan masih ingat dahulu tatkala umur masih muda, melangkah ke stadium menyaksikan perlawanan. Yang keluar dari mulut kawan adalah, babi, bangsat, bodoh, bangang, cun, alamak dan pelbagai lagi. Tetapi kini tidak lagi, yang keluar dari mulutku hanyalah …..
Amuk Tok Gajah oooooo…. Amuk Tok Gajah ….. Alealeale ooooooo
Jika anda semua ingin merasai saat ini, jangan malu jangan segan sisipkan keris dipinggang, persiapan tari mu, perkemaskan vokalmu bersama kami di Curva Gate 11.
Leave a Reply