Month: January 2013
-
23/365 Hari Bersama Foto
Bulat kecil bulat kecil bulat yang besar. Sayang ayah sayang ibu sayang semua…..
-
22/365 Hari Bersama Foto
Masa diriku kecil aku idamkan kasut sebegini, tapi aku sedar aku tak mampu, kini aku bagikan kebahagiaan itu kepada si kecil yang bernama Afi Darwisy. Afi Darwisy ayah sayangkan kamu.
-
21/365 Hari Bersama Foto
Kini nama Koji semakin menjadi bualan di bibir peminat bola sepak Pahang. Boleh dikatakan setiap game Pahang Koji akan meledakkan gol buat Pahang. Anak kelabiran Pekan ini kini terpilih untuk mewakili skuad kebangsaan. tahniah Koji.
-
20/365 Hari Bersama Foto
Gelagat sang anak sentiasa akan membuatkan sang ibu dan sang ayah mahu pun sangsesiapa sahaja akan tersenyum. Apa jua yang digayakannya menjadi penyeri di dalam kehidupan. Telatah yang dipersembahkan membuatkan kita tertawa. Sang anak yang mempunyai kuasa semulajadi dari Allah yang maha esa. Dijadikan sebagai penyeri di dalam sesebuah keluarga. Dilahirkan sebagai penyambung zuriat sebuah…
-
19/365 Hari Bersama Foto
Mata ini menjadi saksi kepada kehidupan hari ini. Mata yang sering berkaca sejernih air di kali.
-
18/365 Hari Bersama Foto
Jersi away Pasukan Pahang ala-ala Juve dah. Gambar ini dirakamkan semasa perlawan diantara Pasukan Pahang bertemu dengan Selangor. Kadang-kadang terfikir jugak bilakah Pasukan Pahang akan kembali menggunakan tridemark hitam putih ini untuk jersi home? Sedangkan hitam putih itu amat sinonim dengan Negeri Pahang.
-
17/365 Hari Bersama Foto
Dari sebesar ibu jari kini kau telah besar. Didikan dunia akhirat ku terapkan ke dalam dirimu. Semoga suatu hari nanti sang kecil ini menjadi insan yang berguna kepada keluarga, bangsa dan negara. insya Allah.
-
16/365 Hari Bersama Foto
Kini Dhedaun Picture genap setahun dahulunya Bayualamfotodesign kini Dhedaun Picture lebih mementingkan kualiti daripada kuantiti. Nantikan promosi-promosi hebat yang akan dilaksanakan oleh Dhedaun Picture.
-
15/365 Hari Bersama Foto
Dua watak kartun yang berbeza. Dirakamkan untuk peningkatan diri di dalam seni fotografi