Oh Hujan

Pabila sampai hujung tahun jer semua mesti mengeluhkan. Mana taknya bulan November Disember ni adalah bulan bumi dibasahi oleh air yang jatuh daripada langit. Tidak kira ketika dan masa ianya sentiasa turun. Kadang-kadang lebat, kadang-kadang renyai-renyai dan kadang-kadang setitik-setitik. Walaubagaimanapun ianya tetap dipanggil hujan yang akan mengundang kerisauan bagi mereka yang berumah di kawasan yang rendah. 

Dahulu kalau time-time hujan ni, penduduk kat Sungai Isap menggelepor la angkat barang letak tinggi-tinggi, risau tidur malam hanyut di bawa arus. Itu baru di Sungai Isap, tak masuk kawasan-kawasan lain lagi seperti Panching, Balok, Beserah dan sebagainya. 

Tetapi walaubagaimanapun hujan ni satu rahmat gak. Kita sebagai umat Islam harus sentiasa bersyukur dan redha dengan segala ketentuannya. 

Hujan yang turun bagaikan mutiara

Berkilau bersinar berkerdipan


Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Cinta yang bersemi

Diwaktu hujan turun


Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi


Selembut hujan bercurahan

Begitulah cinta ini

Semesra bumi yang disirami

Begitulah hati ini

Hujan yang turun bersama air mata

Bersama pedih, bersama rindu


Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi

>> Allahyarham Dato’ Sudirman Haji Arshad <<

Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *