Month: May 2015
-
Keasyikan Sang Burung Bertengek
Air kopi o yang panas di dalam cawan putih kuhirup perlahan. Emmm cukup segalanya. Kopinya, gulanya tahap kepanasannya semua cukup lengkap membuatkan tekak ku merasai kenikmatan yang tidak kunjung tiba. Sebab itulah setiap hari aku akan ke kedai Pak Seleman untuk merasai kenikmatan air kopi o yang dibuat oleh anak daranya. Walaupun air kopi o…
-
Ramadhan Kian Menjelma
Pejam celik pejam celik dah tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang penuh kerahmatan dan penuh pahala iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sememangnya aku rindukan bulan tersebut. Tapi pada hakikatnya apabila tiba bulan yang penuh kerahmatan itu terasa beban untuk melaksanakan segala suruhan yang wajib dan yang sunat tetapi apabila apabila bulan tersebut berlalu pergi…
-
Air Mata Yang Mengalir
Tangisan yang mengalir kerana dua perkara. Pertama kerana kejayaan yang dicapai dan yang kedua adalah kerana kegagalan yang menimpa. Itulah yang tersurat disegenap lapisan penyokong Tok Gajah yang hadir ke Stadium Sultan Muhammad Ke-4 Kota Bharu Kelantan. Kehadiran mereka dengan kekuatan 22 biji bas dan diikuti dengan konvoi kereta serta van. Tidak ketinggalan dengan warga…
-
Suatu Petang
Deruan ombak yang memukul pantai membuatkan jiwa aku tenang. Diselang-selikan dengan kicauan burung dan angin yang bersepoi-sepoi bahasa menyapa badanku. Nun jauh di sana kelihatan anak-anak kecil yang bergelak ketawa bermain air sambil membina istana pasir. Sang ayah dan ibu mereka turut bersama-sama sang anak bergelak ketawa riang. Secara automatik terukir senyuman di wajah aku…
-
Propaganda Bertopeng
Jam di Astro menunjukkan pukul 4.00 pagi hari Selasa 12 Mei 2015. Di saat aku ingin melelapkan mata yang keletihan tergerak hatiku untuk membuka laman facebook tetapi tiada apa yang menarik, mungkin semua sedang nyenyak tidur dibuai mimpi malam. Jari jemari ku laju scroll wall di facebook. Sehinggalah aku berhenti di timeline yang dihasilkan oleh…
-
Hero di Mukabuku
Sehari dua ni aku baca jer di laman sesawang mukabuku ni. Aku baca apa bendalah yang korang semua patukkan di papan kekunci korang semua. Pandai berkata-kata dan pandai bermadah. Tapi hanya di laman sesawang mukabuku ini tak kemana pun malah lemparan kata-kata yang dipatuk itu seperti ibu ketam yang hendak mengajar anaknya berjalan pandai. Korang…
-
Kaki Oh Kakiku
Selama aku beraksi di padang bola atau di padang futsal ni aku rasa kecederaan kali ini amat menyakitkan dan menyusahkan. Kecederaan yang sepatutnya boleh dielakkan kalau aku tidak mengada-ngada untuk menyelamatkan pintu gol aku ditembusi sedangkan tendangan dari pihak lawan nun melambung tinggi. Tapi itulah komitmen aku untuk memastikan pintu gol aku tidak ditembusi. Pada…
-
Sejahat-jahat musibat hitam
Sesungguhnya penyokong bola sepak ni sama seperti pemain bola sepak sebenarnya. Kenapa aku kata sedemikian rupa ianya adalah kerana pemain bola sepak kalau memberikan kemenangan kepada peminatnya mereka akan memperoleh pujian, diagung-agungkan dan malah pantang terjumpa pasti akan berselfie sepuas-puasnya. Sama jugak lah dengan penyokong sebenarnya. Kalau kita sering memenuhi kehendak penyokong-penyokong lain mereka akan…
-
Selamat Tinggal Kota Kinabalu
3 Mei 2015 (Ahad) Hari Ke Tujuh Perasaan untuk pulang membuak-buak. Perasaan untuk kembali ke pangkuan anak isteri semakin meninggi. Perasaan untuk berehat di kamar dan di rumahku syurgaku semakin menguasai diri. Jam 9.00 pagi kami telah bertolak ke Lapangan Terbang Kota Kinabalu 2. Untuk perjalanan pulang tiada apa yang hendak aku kongsi. Cuma bagi…
-
Masa Untuk Berjalan
2 Mei 2015 (Sabtu) Hari Ke Enam Tinggal lagi 2 hari kami di bumi Kota Kinabalu. Hari ni planning masing-masing untuk berjalan ke Kundasang. Tapi kena gerak awal pagi kalau hendak menikmati keindahan Gunung Kinabalu. Van aku gerak dulu sebab van kitaorang tidak power seperti van yang dipegang oleh Bro Usop. Perjalanan yang memakan masa…