Month: September 2015

  • Kembali Krik Krik

    Semakin hari semakin kurang. Semakin hari semakin kosong. Semakin hari semakin sunyi. Jangan dikatakan penyokong yang datang dengan jersi kuning biru lencana di dada, malah yang berbaju hitam pun semakin kurang.  Dimanakah silapnya? Nak dikatakan persatuan bermasalah, sememangnya tidak. Nak dikatakan pemain sombong, ish jauh sekali tidak pernah ada rekod pemain-pemain yang bermain di bumi…

  • Lemang Itu Enak

    Lemang sememangnya menjadi makanan utama aku dipagi hari raya, tidak kira Aidilfitri atau pun Aidiladha. Ada satu masa dulu lemang habis tak sempat nak beli rasa seperti tidak cukup suasana hari raya hari itu tanpa lemang di meja.  Zaman aku muda-muda dulu kalau balik beraya ke Kuala Lipis mesti aku akan singgah di Kampung Mela…

  • Perisa Keikhlasan

    Sayup-sayup terdengar kegembiraan yang diraikan bersama-sama. Dari kejauhan kedengaran gelak gempita keseronokkan yang disambut bersama. Itulah yang dinamakan keseronokkan dan kegembiraan. Ianya bagaikan seperti drama pementasan. Ada pengarahnya, ada penulis skripnya, ada bahagian teknikalnya dan sebagainya. Tidak kenal kad pengenalan atau surat beranak dari mana datangnya tetapi kegembiraan yang disambut bagaikan lahir dari perut ibu…

  • Terasa Muda Remaja

    Rasa-rasanya dah beberapa abad aku tidak bersama dengan remaja-remaja untuk program pejabat aku. Baru-baru ni aku kembali untuk bersama para remaja IM4U di cafe@teen UTC Pahang. Berbekalkan tajuk dari Modul Pekerti aku setting minda dan mental aku demi ilmu yang hendak di kongsikan.  Pelajar-pelajar yang digabungkan dari pelbagai institusi ke bawah satu bumbung iaitu IM4U…

  • Oh Asam Pedas

    Disuatu hari minggu yang cuacanya sedikit panas tetapi alhamdulillah jerebu yang melanda kian hilang dan beransur pulih. Bahagian atas peti sejuk penuh dengan bahan mentah yang akan diproses oleh sang isteri.  “Sayang, hari ni buat asam pedas ikan kembung lah ek?” Sambil menutup pintu peti ais. “Ok karang kita pegi cari bunga kantan k,” jawab…

  • We With Lekir

    Beliau bermula menyokong dengan beberapa kerat sahabat yang sayangkan bola sepak negara. Beliau mula menjerit, memberi semangat, membakar momentom pasukan dan sebagainya. Tatkala pasukan memerlukan sokongan moral daripada penyokong beliau muncul bersama dengan yang lain dan menyeru semua penyokong untuk bersama-sama.  Tatkala Malaysia di julang kerana kejuaraan kesemua memuji dan menyokong beliau kerana dianggap sebagai…

  • Bye Bye Sang Rokok

    Setiap hari aku akan mengeluarkan wang sejumlah RM13.80 (harga sekarang) kesimpulannya setiap hari aku akan mengisap habis sekotak Salem Menthol Soft Pack. Nescaya apabila di darabkan RM13.80 sehari sekotak bersamaan RM414.00 sebulan. Bayangkan RM414.00 setiap bulan di darabkan pula dengan setahun bermakna RM4,968.00. Cuba kita bayangkan dan fikirkan sama-sama dengan RM4,968.00 setahun apa yang boleh…

  • Afi Darwisy Semakin Dewasa

    Happy birthday to u, Happy birthday to u, Happy birthday to Afi Darwisy, Happy birthday to uuuuu Aku membawa kek yang ditempah terpampang gambar Ultraman dan tertulis Happy Birthday Afi Darwisy 5 tahun. Tidak ketinggalan lilin A B C yang telah aku bakar. Kali ini aku dan sang isteri ingin menyambut hari kelahiran yang ke…