Category: Afi Darwisy
-
6 tahun Afi Darwisy
Fuhh lama sungguh tak menconteng banyak sungguh habuk kat sini. Nak sangat menconteng tapi last-last menconteng di IG jer hahaha. So alang-alang nak menyapu habuk ni just nak tampal jer gambar-gambar birthday boy yang ke 6 tahun 9 September 2016 ari tu. Sapa lagi kalau bukan sang kecik anak tunggal aku Afi Darwisy. Seperti biasa…
-
Kelaparan Melanda
Kartun Ninja Lego betul-betul menjadi kegilaan anak-anak kecil zaman masa kini. Tidak seperti zaman aku kecik-kecik dulu, Doremon, Kickers, dan Thundercat menjadi tatapan setiap hari. Afi Darwisy tidak terlepas dari kegilaan kartun-kartun lego zaman masa kini. Hinggalah pada suatu malam di mana sang ibu sedang asyik bermain permainan di telefon bimbitnya. “Ibu.. Afi lapar”, Ujar…
-
Afi Darwisy Semakin Dewasa
Happy birthday to u, Happy birthday to u, Happy birthday to Afi Darwisy, Happy birthday to uuuuu Aku membawa kek yang ditempah terpampang gambar Ultraman dan tertulis Happy Birthday Afi Darwisy 5 tahun. Tidak ketinggalan lilin A B C yang telah aku bakar. Kali ini aku dan sang isteri ingin menyambut hari kelahiran yang ke…
-
Bunga Api
Ayahhh!!! Nak buanga api!!! Nak bunga api!!! Itulah permintaan sang kecil apabila ternampak bunga api yang dijual di bazar Ramadhan atau pun di mana-mana sahaja. Aku bukan tak nak beli bunga api tu pada sang kecil, tapi aku malas nak main sorang-sorang. Sang kecil ni sebenarnya bukan nak main sangat bunga api sebab dia takut…
-
Kerja Sekolah Oh Kerja Sekolah
Kini kehidupan sang kecil telah berubah. Bukan sang kecil sahaja yang terasa perubahan tersebut malah sang ayah dan sang ibu turut akan meada perbezaannya. Kini sang kecil mula pandai dan tahu apa itu kerja sekolah. Walaupun sang kecil baru 5 tahun (tahun ini) tetapi setiap hari cikgu tadikanya akan bekalkan kerja sekolah pada setiap hari. …
-
Sang Kecil Kena Denda
Kringgg ……. Kringgg …… “Abang, cikgu cakap Afi Darwisy malas kat sekolah,” suara sang isteri yang sedikit marah menelefon aku. “Lah… Malas macam mana pulak dah?” Aku bertanya. “Semalam sayang suruh dia buat kerja sekolah tapi dia malas, letihlah…. Sakit tanganlah … Eee geram sayang,” panjang lebar sang isteri mengadu. “Lepas tu, yang buat sayang…
-
Hari Pertama Sekolah
Lokasi : Tadika Kemas Putra Putri Kuantan Pahang. Aktiviti pertama para pelajar adalah bermain lego untuk menyesuaikan diri di tempat baru. Perkara biasa dihari pertama persekolahan terutama bagi seorang kanak-kanak. Menyendiri kerana sedih ditinggalkan ayahnya. Bergenang air mata dikelopak menahan sebak apabila ayah dan ibunya pulang. Kesedihan yang sangat dirasai oleh anak kecil ini di…
-
Hari Pertama di Tadika
Seawal pagi sang kecil bangun dengan penuh bersemangat. Mandi sendiri, ambik baju sendiri, pakai baju sendiri, pakai seluar sendiri, dan stokin sendiri. Cuma rambut kena sang ibu sikatkan dan pakaian kasut sekolah. Mulut sang kecil tak reti nak diam. Membebel jer nak pergi sekolah katanya. “Ayah!! Cepatlah!! Afi nak gi sekolah ni”, jerit sang kecil. …
-
Afi Nak Pergi Sekolah
“Afi Darwisy!! Mandi cepat,” jerit aku kepada anak teruna aku. “Nak pergi mana ayah?”, tanya sang kecil. “Kita nak pergi beli baju sekolah Afi Darwisy la… Kan Afi nak pergi sekolah,” jelaskan sambil menanggalkan pakaiannya. Terkedek-kedek sang kecil menuju ke bilik air denga tuala yang diletakkan dibahunya. “Ayah!!! Tunggu Afi tau,” kedengaran suara sang kecil…
-
Pelukan sang anak
Sang anak yang masih kecil menggoyang-goyangkan badan sang ibu yang terlantar tidak bergerak. Diciumnya dibahagian muka, tidak juga bergerak. Di angkatnya tangan sang ibu, pun sama tidak jugak bergerak. Digoyang-goyangkan kepala sang ibu, tetap sang ibu tidak bergerak. Orang ramai yang hadir dan melihat kejadian itu cuba untuk meleraikan sang anak dengan sang ibu tetapi…