Category: coretan
-
Bye Bye Sang Rokok
Setiap hari aku akan mengeluarkan wang sejumlah RM13.80 (harga sekarang) kesimpulannya setiap hari aku akan mengisap habis sekotak Salem Menthol Soft Pack. Nescaya apabila di darabkan RM13.80 sehari sekotak bersamaan RM414.00 sebulan. Bayangkan RM414.00 setiap bulan di darabkan pula dengan setahun bermakna RM4,968.00. Cuba kita bayangkan dan fikirkan sama-sama dengan RM4,968.00 setahun apa yang boleh…
-
Afi Darwisy Semakin Dewasa
Happy birthday to u, Happy birthday to u, Happy birthday to Afi Darwisy, Happy birthday to uuuuu Aku membawa kek yang ditempah terpampang gambar Ultraman dan tertulis Happy Birthday Afi Darwisy 5 tahun. Tidak ketinggalan lilin A B C yang telah aku bakar. Kali ini aku dan sang isteri ingin menyambut hari kelahiran yang ke…
-
Selamat Tinggal Teman
“Woiiii !!!! Padam api tu”, kedengaran suara yang datang dari arah trek stadium. Kelihatan kelibat seorang yang bertubuh sasa dan besar berlari ke arah teres atas lalu memegang leher Boy (bukan nama sebenar) yang ketika itu sedang asyik membakar suar selepas tamat perlawanan. Itulah pertama kalinya seorang musibat Elephant Army ditangkap dek kerana membakar suar. …
-
Propaganda Bertopeng
Jam di Astro menunjukkan pukul 4.00 pagi hari Selasa 12 Mei 2015. Di saat aku ingin melelapkan mata yang keletihan tergerak hatiku untuk membuka laman facebook tetapi tiada apa yang menarik, mungkin semua sedang nyenyak tidur dibuai mimpi malam. Jari jemari ku laju scroll wall di facebook. Sehinggalah aku berhenti di timeline yang dihasilkan oleh…
-
Posisi Aku
Hujan turun lebat di kota raya Kuala Lumpur malam ini. Sejuk sikit cuaca kalau tidak panas berdering hinggakan nak tidur rasa macam nak bogel jer. Tengah-tengah mengelamun ni aku tersenyum sendirian, memikirkan macam mana aku boleh berada di posisi penjaga gol. Sebenar-benarnya posisi aku adalah pertahanan kanan. Sejak sekolah rendah, masuk menengah hingga di SMKAP…
-
Hari Pertama Di Kota Metropolitan
Yearghhhh hari ni kerja aku hanya smash … Smash dan terus smash. Pantang dapat bola tinggi pasti akan aku matikan. Walaupun aku masih keletihan dan tidak cukup tidur aku tetap turun ke gelanggang untuk beraksi bersama rakan-rakan lain sambil-sambil menunggu Abang Berahim sampai dari Kuala Ganu. Kringgggg ….. Panggilan daripada Abang Berahim yang dikatanya telah…
-
Stadium Darul Makmur Krik Krik
Pejam celik pejam celik sudah 4 tahun pasukan yang mendapat gelaran Tok Gajah ini beraksi hebat di atas padang. Kehebatan mereka telah menjadi saksi kepada penyokong-penyokong Pahang kembali memberi sokongan dan turun ke stadium sehati sejiwa demi lencana di dada. Tidak kira mereka menentang pasukan apa pastinya Stadium Darul Makmur akan dipenuhi. Tidak lupa juga…
-
Jangan di pandang sebelah mata
Aku bukan budak kecil yang tidak tahu membezakan mana yang buruk dan mana yang baik. Aku bukan juga seorang pekerja yang dungu untuk tidak pandai membezakan majlis yang santai dengan majlis yang dikelilingi VVIP. Aku bukan hari ini berada di dalam lingkungan suasana sesuatu program yang diadakan, malah pelbagai dan bermacam majlis telah aku hadiri.…
-
Aku Cemburu
Benar kata orang. Jauh perjalanan luas permandangan. Lebih-lebih lagi kepada sang kaki-kaki kamera. Pastinya kaki-kaki kamera inginkan gambar-gambar yang orang lain tak dapat atau pun seribu satu cerita di tempat-tempat yang akan dikunjungi. Kadang-kadang perasaan cemburu kepada kaki-kaki kamera yang hardcore ni membuatkan aku moral down. Mana tak nya, kalau kaki-kaki kamera ni aku tak…
-
Ku Tunggu Tak Bangun Bangun
Brrrrrurrrr sejuk jugak air kolah masjid ni. Rizo menyudahkan rukun-rukun wajib mengambil air sembahyang. Apabila selesai selipar Adidas yang sudah sedikit usang diletakkan berhampiran pasu bunga di tangga masjid. Walaupun jemaah lain kesemuanya sudah berada dalam saf tapi Rizo sempat lagi menoleh ke pasu bunga tempat dia meletakkan seliparnya. Mungkin selipar itu ada sentimental valuenya…