Category: Kisah Aku

  • Afi dan duit belanjanya

    Semakin hari kau semakin membesar. Kalau permulaan sekolah sebelum ini ibu dan ayah dipaksa bangun pagi untuk memasak makanan untuk di bawa ke sekolah. Tetapi kini segalanya telah berubah. Kalau dahulu aku tidak pernah hiraukan RM1.00 yang berwarna biru ini. Selagi boleh ku bayar, akan ku bayar dengan RM1.00 yang berada di dalam dompet ku. …

  • Bersemadilah Ibuku

    Sebaik-baik penasihat ialah kematian. Namun, mana mungkin orang yang pernah mati datang kepada kita untuk menasihatkan kita. Mengingatkan mati, menakutkan. Manusia akan takut pada apa yang tidak diketahuinya. Saat perpisahan itu pasti tiba. Dan tidak ada masa yang sesuai untuk saat itu. Kita datang tidak diminta, kita pulang tidak diduga. Bila sanggup hidup, mesti sanggup…

  • Seribu Satu Cerita 2016

    2016 melabuhkan tirainya dan kehidupan akan diteruskan bagi tahun 2017. Segala kenangan 2016 dijadikan pedoman dan pengajaran serta pemangkin diri ke arah wawasan hakiki. Bagi aku 2016 merupakan zaman kejatuhan aku di dalam kehidupan aku. Tiada apa yang dapat dibanggakan pada angka 2016. Cukup sekadar aku masih mampu berdiri membimbing anak isteri di dalam menjalani…

  • 6 tahun Afi Darwisy

    Fuhh lama sungguh tak menconteng banyak sungguh habuk kat sini. Nak sangat menconteng tapi last-last menconteng di IG jer hahaha.  So alang-alang nak menyapu habuk ni just nak tampal jer gambar-gambar birthday boy yang ke 6 tahun 9 September 2016 ari tu. Sapa lagi kalau bukan sang kecik anak tunggal aku Afi Darwisy. Seperti biasa…

  • Terbang di Angkasa Raya

    Apa yang best naik kapal terbang? Mesti korang cakap naik kapal terbang sebab dapat layanan daripada pramugari dan pramugara yang sentiasa meleparkan senyuman kepada para penumpang.  Aku tidak lah selalu naik kapal terbang ni sebab aku sebenarnya takut lebih-lebih lagi kisah kapal terbang jatuh dan hilang mula membanjiri dada akhbar dan juga berita-berita utama sebelum…

  • Hatrik Pantai Timur JUARA

    Hatrik Pantai Timur juara keseluruhan Karnival Sukan 50 Tahun LPPKN yang berlangsung di INSPEN Bangi. Karnival yang berlangsung selama 3 hari bermula pada hari Jumaat dengan perbarisan dan perarakan kontigen-kontigen seperti HQ A, B, C, Zon Selatan, Zon Utara, Zon Tengah dan Zon Pantai Timur. Acara-acara awal dimulakan seperti Dart, Ping-pong, Dan Congkak selepas selesai…

  • Ritz Garden Hotel Manjung … Hotel Pilihan Anda

    Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 5 hingga 6 jam dari Kuantan ke Manjung Perak betul-betul buat aku keletihan. Kalau ditanya tahap ngantuk aku sememangnya tersangat lah mengantuk. Nasib baik lah Sang Shark ada sebelah boleh tahan gak mata mamat ni tak tidur-tidur meneman aku memandu. Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal perjalanan aku atau…

  • Hari pertama Afi Darwisy Berpuasa

    Alhamdulillah …. Tahun ni masuk tahun ke enam aku berpuasa bersama anak dan isteri. Dan hari ini adalah sejarah bagi sang kecik iaitu Afi Darwisy di mana beliau berjaya menghabiskan puasa dengan jayanya. Walaupun baru berusia 6 tahun tetapi sang kecik berjaya menjadi seorang hamba Allah menunaikan kewajipan sebagai umat Islam.  Seawal pagi jam 4.30…

  • SMKAP 20 Tahun

    Tidak ku sangka masa itu berlalu dengan sungguh cepat. Kini sudah 20 tahun Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Pahang Muadzam Shah megah berdiri di bumi Muadzam Shah. Tanggal 1 April 2016 merupakan titik pertemuan kembali pendidik yang 18 tahun dahulu memberi didikan dunia dan akhirat. Pertemuan kembali saudara-saudara sebantal, setilam  dan sekelas yang mengharungi pahit manis…

  • Selepas 9 Bulan Aku Kembali

    9 bulan telah berlalu kalau dikira tambah, tolak, bahagi dan darab seorang ibu yang sedang mengandung menantikan saat untuk melahirkan cahaya matanya hasil daripada perkongsian hidup bersama sang suami. Ehh aku bukan nak cerita tentang ibu mengandung ni. Tapi aku nak cerita 9 bulan aku gantung kasut bola ku akibat kecederaan yang aku alami semasa…