Category: Kuantanku
-
Santapan di The Warunk
Kebiasaannya kalau bercakap tentang Asam Pedas mesti kepala hotak membayangkan Asam Pedas Kota Laksamana, Melaka. Kalau bercakap tentang sup tulang pulak melayang ke Kampung Baru Majidee, Johor Bharu. Jauh jugak nak ke kedua-dua lokasi tu. Tapi bagi orang Kuantan korang tak perlu nak bersusah payah atau pening kepala kalau tekak korang menyanyikan lagu Asam Pedas…
-
Hijau Parking Merah Cari Lain
East Cost Mall atau nama barunya Capital Mall yang tersergam megah di tengah-tengah bandar Kuantan menjadi pusat untuk warga Kuantan membeli belah tapi kadang-kadang set-set Ganu pun ramai membanjiri pasaraya terbesar di Kuantan ini. Yang tak bestnya pasaraya hak milik Singapore ni jalan masuknya hanya ada satu sahaja dan jalan masuk itu pula adalah jalan…
-
All About Pasal Seni
Kalau bercakap tentang idea sememangnya banyak sangat idea bebudak ni, lebih-lebih lagi Sang Mus. Dari projek Kuantanku dan sekarang muncul idea baru iaitu Pasal Seni. Kisah bermula dengan cadangan asal dari Sang Ajak untuk buat persembahan Akustik Band Little Malaya Entertaiment dekat The Warunk. Lepas tu ditokok tambah, dicadang, dibangkang dan sebagainya. Bermula dengan tajuk…
-
Ramadhan Kian Menjelma
Pejam celik pejam celik dah tak lama lagi kita akan menyambut bulan yang penuh kerahmatan dan penuh pahala iaitu Bulan Ramadhan Al-Mubarak. Sememangnya aku rindukan bulan tersebut. Tapi pada hakikatnya apabila tiba bulan yang penuh kerahmatan itu terasa beban untuk melaksanakan segala suruhan yang wajib dan yang sunat tetapi apabila apabila bulan tersebut berlalu pergi…
-
KuantanKuCrew turun padang
Keadaan daerah-daerah di Pahang yang mengalami banjir semakin pulih. Aktiviti sebagai sukarelawan sebelum banjir dan semasa banjir telah dilaksanakan dengan jayanya. Kini tiba masanya untuk sukarelawan selepas banjir atau lebih dikenali sebagai Pasca Banjir untuk turun padang membantu mencuci, membuang, mengemas dan sebagainya. Destinasi kali ini adalah di rumah Ardillah Abdul Manaf. Keadaan rumah beliau…
-
#banjerosquad #kuantankucrew #teamwakafmasjid
Tahun lepas mereka dah ada dan berkumpul di pondok Taman Kerang, Kuantan Pahang dan di Rumah Sani Kumbing. Mereka berkumpul sebagai satu nama iaitu sukarelawan banjir. Kalau dahulu hanya lebih kurang 10 orang sahaja dan satu kelompok lagi lebih kurang 15 orang. Tapi untuk tahun ini mereka bergabung dengan hanya menggunakan tanda hastag sebagai pengenalan.…
-
Dugaan Banjir 2014
Bermula dengan negeri-negeri belah utara dibawa ke belah Pantai Timur banjir kali ini betul-betul menduga semua pihak terutamanya mangsa-mangsa banjir. Paling kritikal di Kelantan yang lumpuh sepenuhnya. Kini Pahang pula yang tidak lagi surut malah semakin meningkat paras air. Keadaan semakin hari semakin kritikal. Pelbagai cerita dan spekulasi diwar-warkan di laman-laman sosial digembar-gemburkan dengan pelbagai…
-
Banjir Kembali Lagi
24 Disember 2014. Hujan tidak lagi berhenti. Turunnya semakin lebat jatuh ke bumi. Kesemua warga Kuantan berjaga-jaga kerana takut kalau-kalau tahun ini air kembali naik membanjiri kawasan perumahan mereka. Aku juga tidak senang duduk. Sekejap-sekejap aku keluar meninjau keadaan air yang mula meninggi. Sedikit demi sedikit aku sekeluarga mengemas barang-barang di dalam rumah. 3.00 pagi…
-
Mentari Kembali Bersinar
2 hari jajahan Kuantan bumi juara Piala Malaysia 2013 dan 2014 di basahi dengan hujan yang berpanjangan. Hujan yang membuatkan semua orang terutamanya yang tinggal di kawasan rendah menjadi resah gelisah. Kenangan dan pengalaman 2013 betul-betul dirasai keperitannya. 2 hari langit yang indah dengan warna kebiruan dan dihiasi tompokan putih sang awan kelam dan gelap.…
-
Suatu kepuasan
Sekarang jam menunjukkan jam 5.38 pagi Sabtu 11 Oktober 2014. Aku masih belum tidur. Nak cakap mata tak mengantuk, rasa macam mengantuk. Nak cakap badan tak letih, tersangat lah letihnya. Tapi yang pasti jawapannya aku memang tak boleh tidur. Mungkin aku tak sabar untuk buka booth Dhedaun Picture pagi karang si Festival Gerbang Pengantin Mega…